Love

Love

Wednesday, February 18, 2015

Bercuti di Bali, Indonesia

Wah dah lama benar tak update blog ni. Banyak benda nak kena urus lagi2 dah berumah tangga ni. Jadi, sempat kat office ada masa free ni saya ceritakan serba sedikit pengalaman spend masa honeymoon di Bali, Indonesia.

Jadi saya dan husband memilih tarikh 2 September 2014 untuk ke Bali sehingga 5 September 2014 (4 hari 3 malam). Masa bertolak, mama papa hantar kami ke Airport.





First Day


Pukul 1.30 petang kami sampai di Ngurah Rai International Airport kat Denpasar, bali. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sampai2 terus lapar rasa perut ni. Padahal sebelum bertolak dah makan kat marry brown airport. =p
Nasib baiklah ada Bangi kopitiam kat situ. Kami pun makan lah dengan bersemangatnye. hehe.



Lepas makan startlah adventure kami. First..... Cari teksi dulu. Tapi kat bali bukan kita cari teksi, tapi teksi cari kita. Mereka kat sana tak guna metre. Suka2 bagi harga. Agak mahal lah sebab kalau kira memang sangat dekat dengan hotel yang kami tempah di Kuta tu, Bali Summer Hotel. Pakcik tu cas kami 170,000 IDR bersamaan RM 46.64 untuk perjalanan lebih kurang 4km sahaja! 
Kami pun naik lah sebab tak plan untuk hotel pickup at first. Konon nak survey dulu tapi last2 amik lah sebab takut jugak nak pilih2 supir di tempat orang ni haa.

Lepas 10 min macam tu kami pun sampai di depan hotel. Bali Summer Hotel. Bersyukur sangat sebab pemandangan memang sama macam dalam website. Yelah orang kata kadang2 advertisement lagi indah dari rupa. Macam ni lah pemandangan depan lobby.


Ini di sepanjang laluan ke bilik kami. Segar je dengar bunyi air. Hotel ni terletak di tengah2 bandar Kuta. Memang dekat dengan tempat shopping lah =p

Dah simpan barang dalam bilik, kami pun jalan kaki survey kedai2 kat situ. Ala2 macam masjid india lah kedai kecik2 gitu. Boleh tawar menawar tu yang menarik tu. Kat situ macam takde fixed price. 
Haa tengok ni macam2 souvenir menarik ada di sini. 

Kami pun jalan lagi ke arah pantai. On the way tu jumpa hotel hardrock dengan statue surfing board situ. Ape lagi amik gambar lah kita ye. hehe










Dan ini lah gambar sekitar Kuta Beach


Kami jalan2 area sini je sampai malam sebab kat Bali waktu malam dia cepat. Dalam pukul 6 dah gelap. Malam kami jalan2 kat mall Matahari berdekatan hotel. Macam kat Malaysia je dia punya mall. Cuma yang menariknya pekerja dia pakai baju tradisional. Kalau kita masuk mall je atau nak bayar, mereka greet dengan sangat bersopan. 


Second Day

Pagi2 kami breakfast sepuasnya dengan buffet free dari hotel kami. Makan la sampai puas. hehe. Second day ni kami ke tempat pembuatan batik. Batik2 kat sana mak ai murah dan cantik betul.
Ni antara gambar tempat mencanting batik kat Bali.




Haa semangat tengok dengan beg galasnya tak letak. haha


Ni tempat beli batik murah2. Tanya pak supir tau lah diorg nak tunjuk ye.

Kami juga sempat ke KRISNA Bali. Kat sana banyak jual barang harga murah. Jangan beli sangat kat pekan Kuta sebab benda yang sama boleh dapat kat Krisna dengan harga jauh lagi murah. hehehe.


Then kami melawat kuil di sana. Wajib pakai kalau nak masuk sebagai tanda hormat tempat mereka.



Kami ke tempat pembuatan kopi dan teh masa on the way ke Kintamani. Ada Kopi Luwak juga tapi tak berani nak test. Process dari tahi musang HaHa. 
Ni gambarnye.
 Sejuk kat area sini. Macam Cameron dah rasa dia.

Tea and coffee testing dengan hubby
Banyak jugak yang sedap dan ada khasiat masing2. Rasa nak beli semua je. Tapi mana la habis kalau kami berdua je nak minum kan. Haha. So antara yang kami beli adalah Bali Mangoesteen Tea (teh kulit manggis), Bali Red Rice Tea, Lemongrass Tea, Bali Rosella Tea, Bali Mochacino Tea.

Ni antara yg dibeli. Ada lagi kat dapur malas nak amik snap haha
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Gunung Batur di Kintamani, Bali. Kat sana lagi sejuk. Sampai2 je sana tiba2 kami kena kejar dengan penjual baju haha. Tak jadi nak berselfie di tepi jalan tu jadi Pak Wayan (supir kami) pun bawa la kami ke tempat makan. Time lunch dan pun tu. Betul2 depan tu nampak Gunung Batur tu. Cantik sangat pemandangannya. Lunch buffet RM 30 sorang boleh makan sampai kenyang. Ni gambar kat situ.



Ha dua gambar nak tunjuk gunung kat depan tu and tunjuk tempat makan. hehe. Romantik kan. Sesuai tempat ni untuk orang yang nak honeymoon. Pemandangan cantik betul lah. 




Third Day

Third day kami pergi ke tanah lot dan tempat2 kuil disana. Kat situ ada jugak market jual2 souvenir tapi kami dah habis borong kat KRISNA hari kedua so pergi ke Tanah Lot berjalan tengok tempat jelah.

 
On the way nampak orang jual di tepi jalan. Ngap duluuuu. hehe. Besar, fresh strawberry dia. IDR 20000 (RM 5.62) je lepas Pak Wayan tawar menawarkan. Mula2 diorang nampak kami orang luar, bagi harga IDR 50000 (RM 14.05) taw. 



Ada patung2 replika ayam sabung kat kuil ni. Tak ingat nama haha


 
Kami kat tanah lot. <3







Fourth Day

Okay hari ke-4 kami ke Padang Padang Beach Bali. Cantik tempat dia tapi cuaca agak panas lah sebab time pun tengahari. Banyak Roadblock kat sana. Yang kena banyak foreigner sebab sewa motor tapi mereka tak ada lesen antarabangsa untuk drive kereta/ motor kat Bali. Nasib kami guna khidmat pemandu dari hotel kami. Privacy ada. Aircond pun ada haha. Kami ronda2 kejap kat situ then terus ke uluwatu. Makan berjam jugak ke satu2 destinasi. Jadi worth it lah dapat jalan jauh sambil tengok pemandangan kat Bali.

Ini Padang Padang Beach. Ramai foreigner yang nak tanned kan kulit kat sinilah sebab panas. Suka la diorg. Haha


Omnomnom

 Kat sini berangin. Tak panas terik. Cuaca okaylah. Ramai jugak pelancong kena kejar dengan kera sini. Haha. Kena curik selipar diorang. Kera tu nak buat sistem barter. Kalau kita bagi makanan kat dia baru dia pulangkan selipar. Bijak kan. haha.

 
Haa Husband saya ni nak duduk tepi cliff aiyok bahaye betul semata2 nak tunjuk pemandangan lawa sana ehehe. 


Last Day

Flight kami petang so kami jalan2 dekat dengan area hotel. Kat Discovery Shopping Mall Bali. Kat situ lunch sekali. Kami makan di A&W dalam shopping mall. Time travel selalu teringin nak makan fast food. Aiyo padahal mcm2 boleh makan sana. Benda tu yang dicari. Hehe.

 
Jam hantaran kami. Gshock dan BabyG hehe. Matching kan :p


 
Okay snap kat Ngurah Rai International Airport dulu sebelum balik. hehe

Sampailah kami ke KL semula. Best lah kiranya Bali tu sebab banyak barang murah, tempat cantik. Will be back here insyaAllah bawak family sekali ye dok. hehe
Daaa.



No comments:

Post a Comment