Love

Love

Thursday, August 18, 2016

WONDER CHEESE (KAJANG, KLCC, DAYABUMI, DATARAN MERDEKA, UTAR SG LONG) FREE DELIVERY!

Hai peminat2 kudapan semua. Syasya dan suami menjual WONDER CHEESE yang sedap, menarik dan tertarik kedebam deboom! Wonder Cheese ni memang dah trending dan menjadi fenomena di Malaysia! Haa tak percaya? Cuba google tengok ribuan testimoni dan ribuan agen dan stokis yang melibatkan Wonder Cheese yang sedap ini.


Nak Cuba Tapi Takut Biasa-Biasa Aje?

Meh syasya nak cerita sikit macam mana rasa Wonder Cheese ni.
Wonder Cheese merupakan kerepek dari kulit popia yang terlaris pada masa kini.
Combination Ter"BAEK" dari kulit popia, cheese n chili powder memang buat korang rase nak lagi.
Lagi2 peminat Cheese memang puas hati lah beli ni. Ini antara specifikasi nya.

NAMA: WONDER CHEESE
BERAT: 600Gram
DIMENSION: 20cm Tinggi X 14cm Lebar
BAHAN UTAMA: Kulit popia , cheese, chili powder
HARGA: RM25 Sebalang
ISIPADU: Melimpah semaximum mungkin dalam balangnya (SERIUS TAK TIPU)

Ni haa balang besar hanya RM25 Sahaja!

Ini antara testimoni customer kami. Terima kasih kat customer Wonder Cheese kami yang tidak berhenti menyokong kami. Thanks dearies. Siapa2 yang nak cuba Wonder Cheese mai order ya. 017-282 7576 syasya / 012- 403 8393 azwan. Kami buat cod PERCUMA ke sekitar Kajang, KL (Menara Dayabumi) ,KLCC, Dataran Merdeka, Sg. Long (UTAR) dan juga di area lain kalau kami buat announcement menuju ke sesetengah yang kami tuju pada masa tersebut. 

Testimoni


Ni haa ada customer yang order sekali banyak. Kami mempunyai Ready Stock yang banyak insyaallah dapat memenuhi permintaan anda. :)

Kepada Adik2 yang tinggal kat hostel yang mengidam pun boleh contact akak ye. Insyaallah sedekat yang boleh akak dan suami akan hantar kt adik. hehe


Haa tempahan untuk Raya Haji dah dibuka. Siapa2 nak book dulu untuk Raya Haji amatlah digalakkan sebelum stock dari HQ tak cukup kerana terlalu banyak permintaan pada peak season. Haha. Jgn kata akak tak warning awal2. Heee



Yang stay jauh dari territory kami, jangan khuatir. Kami menyediakan service pos kepada anda supaya dapat merasa bila tengok post2 syasya di Instagram atau Facebook. Harga Postage ditanggung Customer ya. 


Customer kami bukan hanya dari Malaysia, dari Brunei pun ada taw. Dah repeat order banyak kali dah setiap kali ke Malaysia, Wonder Cheese juga yang diminatinya. Terima kasih dear customer. :)



Setakat ni syasya dan suami membuat promosi dari semasa ke semasa untuk menguntungkan pembeli setia kami. Disamping dapat Wonder Cheese yang sedap, kami bagi surprise dan promosi. Seperti diatas, kami memberi 1 balang FREE kerana telah mencukupi jumlah 10 balang beli dengan kami. 

Untuk pengetahuan anda, kami menjalankan promosi BELI 10 percuma 1. Tak kisah lah anda beli sebalang2 atau serentak 10 balang, bila dah jumlah 10 balang je kami bagi FREE satu balang WONDER CHEESE. Best ke tak? Best kan. Promosi ni setakat ini berlangsung lagi sehingga tarikh yang belum ditetapkan. Depends kat sambutan. Mungkin selama-lamanya? hihi. FREE sebalang ni syasya dan suami je buat pada masa sekarang. Jadinya kalau anda beli kat agen lain, jangan request free sebalang pula ye. Kang terkejut agen tu. HIHIHI

Dan kami juga insyaallah akan jalankan promosi secara spontan mengikut event2 atau tarikh2 penting yang kami rasakan nak buat. Jadi stay tune jangan lupa follow kami kat instagram @ainsyasya atau facebook Ain Syasya / Noor Azwan untuk update terbaru.

Atau hubungi kami di 017-2827576 syasya / 012-4038393 azwan untuk pertanyaan dan order.

Friendly reminder:

"CAUTION: please do not leave this jar on someone else's hand"


Tuesday, September 15, 2015

Semak bacaan IPU Jerebu TERKINI di Malaysia

Anda boleh layari laman web ni untuk update jerebu dari jam ke jam. Jangan lupa pakai mask. Tahap sgt teruk sekarang.


Daaa

Wednesday, September 9, 2015

Pengalaman Pertama Bersalin



Perasaan? HAPPY! Alhamdulillah dapat bersalin dengan selamat dan dapat jumpa buah hati pengarang jantung sorang ni. Masa pregnant, rajin setiap bulan pergi scan semata-mata rindu nak tengok dia. hihi. 2D la 3D la 4D la. Tak sabar2 nak tunggu 9 bulan 10 hari tu si mama dengan papanya ni. haha

Bersalin?
Hmm macamana nak mula cerita ya...

Okay. Sya disahkan doktor due date bakal melahirkan pada 5 Jun 2015. Tup Tup baby tak keluar on time. Doktor pun biasalah, dah issue surat yang paksa induce kalau dalam tempoh 9 hari lepas due date tak keluar2. Sya waktu tu rasa tak sabar nak baby keluar + nervous. Yela first time. Takde pengalaman langsung. Cousin2 pun takde yang ada anak kecik lagi and takde yang cousin baby. lol. Sya just refer kat website baby centre je for most of the things & surf je untuk nak carik checklist nak bersalin & etc.

So bila tengok baby mcm takde tanda nak keluar lagi tu sya ngn husband buat jela aktiviti macam biasa. Buat kerja rumah, masak2, shopping barang dapur. Orang kata kerap berjalan dapat buat mudah bersalin so sya ikutla petua tu.

Then pagi2 subuh 7 Jun 2015 tu sya bangun tidur tiba2 dengar bunyi macam belon pecah tp sayup2 je bunyi dia. Bersiap nak pergi breakfast tiba2 air ketuban da start keluar sikit2. Tp macam tak percaya lagi sebab perut tak sakit langsung. Precaution step sya ajak husband pergi Hospital Serdang check mana tahu kalau baby nak keluar da ke. Sebelum keluar sya makan 3 sudu vco prepare mana taw betul nak keluar. hihi.Kami duk gelak2 je dalam kereta rasa macam tu false alarm.

Dah sampai sana dalam pukul 10.30 pagi. Siap2 whatapps mama papa dengan adik suruh ready kalau betul2 ni. Husband pun siap2 call mak ngn ayah mertua bagitahu. Dalam pukul 11 tu mcm da start perut sakit. Macam senggugut. Husband pun dah siap2 book bilik first class tu sebab senang malam2 boleh husband datang teman. Rate dia RM800 satu malam. Dulu sya ingat Hospital Serdang ada FPP (Full Paying Patient), rupanya Hospital Putrajaya je ada. Tapi hospital government lain boleh request bilik first class. Orang kaunter kata boleh request bilik tu after baby dah lahir. Baiklah kami turuti saja. Masuk ward jap doktor check. Dia kata air dah start keluar. Sya pun kena tahan wad lah tak boleh keluar dah. Mereka pun start pasang alat kat perut ala-ala macam belt tu nak check nadi bayi + contraction rate. Ada la stengah jam ke sejam baring ngan benda tu. Then doktor check bukaan, katanya br 2 cm. So sya pun da kena duduk kt sofa yang mereka sediakan untuk ibu-ibu yang tengah nak tunggu bukaan smpai 6 atau 7 cm keatas.

Masa tu dah sakit amat lah. Memang takde mood nak buat apa2. Pegang fon pun tak dapat dah. Punya la sakit. Cuma berbekalkan makan kurma jelah yang mampu telan masa tu untuk bagi tenaga. Nasib kejap2 husband, adik ngn mama masuk tanya keadaan. Sampai 4 cm macam stop pulak bukaan tu. Stress time tu. Air da keluar banyak. Takut jugak baby ada pape. Doktor pulak tak boleh check selalu sebab nak elakkan jangkitan. So tnggu punya tunggu, pukul 6 lebih petang tu sakit sangat dah. Contraction pun kerap stiap 3 minit agaknya.

Suruh doktor check lagi. Tunggu dekat setengah jam baru ada doktor free. Doktor check2 terkejut sebab dah fully 10 cm dah. Boleh nampak rambut baby katanya. So terus rush ke Labour Room. Dah masuk sana ada dua nurse. Ketua nurse rasanya. Puan tu ajar cara teran so taklah ada komplikasi nanti. Husband ada kat sebelah teman dan bg semangat kat sya. Teran punya teran, dalam 10 min tu settle dah keluar baby sya yang tersayang ni. Keluar2 terus nangis. Hihi. Terharu perasaan tengok baby yang selama ni kita duk scan tu dah ada depan mata. Sya dan husband namakan baby kami Nur'Arieana Mikayla. Alhamdulillah semua selamat. Mudah mungkin sedikit sebanyak minyak vco sya consume tu bantu dan berkat doa family & kawan-kawan.

Husband pun pergi cepat-cepat request bilik yang kami nak tu. Tapi dah full pulak. Takpe lah redha jela satu malam je pun. Sya tak tidur malam tu sebab risau nak jaga Kayla. Padahal ada je nurse boleh tengokkan, nak buat macamana dah jadi ibu ni paranoid dia lain macam. Haha. So gitu la cite pengalaman pertama sya bersalin di Hospital Serdang.

Aiyo ini anak cina campur melayu. Sepet matanya. HIHI

Tuesday, September 8, 2015

Masak rendang

Hi korang.

Raya haji da nak dekat ni. Mesti ada jugak newbies yang tercari-cari resepi masak rendang kan. Ni haa video step by step nak buat rendang yang ummmph!

Ini Rendang Daging. Kalau tak suke daging boleh je substitute dengan ayam jgak. hihi

Silakan nonton ya. ehehe


Sya lupa nak snap gambar yang dah siap. Lapar sgt agaknya. Hehe

Masak lah kering kalau nak pekat. Sya suka kering2. Boleh tahan lama sikit. Selamat mencuba ya.

Sunday, September 6, 2015

Cara-cara Online Shopping di TESCO

Hi semua. Sekarang ni kan sedar tak sedar semakin kita mendekati 2020. Orang kata dunia di hujung jari. Sampaikan nak beli barang dapur pun boleh guna online je sekarang ni. Baru-baru ni sya ada beli barang kat pasaraya TESCO. Sangat senang dan cepat. Lagi2 sejak ada anak ni, lagi senang ada cara senang mcm ni. Okay mula2 sya buat, sya register clubcard TESCO. Yelah stiap kali beli dpt points & dapat voucher. Tak rugi register. Bln Ogos 2015 harga dia RM 8.90. Kemudian kita register account tesco online kat  https://s.tesco.com.my .
Masukkan sekali no clubcard so setiap kali korang beli dah automatic masuk point tu. Then browse item apa yang nak dibeli. Bila dah settle pilih item, just click kat checkout and book slot. Book slot boleh pilih nak pihak TESCO hantar pukul berapa. Pastikan phone no betul dalam website ya. Senang nak contact kalau delivery tetiba sesat. Hehe. Then, korang boleh pilih nak bayar guna debit atau terus bayar online.
So ni antara item yang sya beli.

Comel wallpaper lori dia
2 bakul sya beli. Hehe


So far puas hati. Barang2 dapur da simpan cpt2 bg fresh. Hihi.Btw item dalam plastik biru tu means barang takde stok so diorang ganti dengan yang lain. Yg ni optional kat customer nak accept or tak. Okay tu je post kali ni. Sekian. Hehe

Wednesday, February 25, 2015

Cara Solat untuk Wanita Hamil dan Pesakit

Assalamualaikum,

Solat itu kewajipan individu Islam. Jadi kali ni ingin saya kongsikan tentang cara solat untuk wanita hamil dan untuk orang yang tidak mampu solat seperti biasa. Terdapat beberapa jenis solat yang boleh dilakukan mengikut kemampuan dan keadaan anda.
Mari kita lihat gambar yang saya jumpa di google ni. :)



Jadi boleh lah ibu2 di luar sana termasuk saya boleh solat cara ini jika sudah start sarat hehe

Daaa :)

Wednesday, February 18, 2015

Bercuti di Bali, Indonesia

Wah dah lama benar tak update blog ni. Banyak benda nak kena urus lagi2 dah berumah tangga ni. Jadi, sempat kat office ada masa free ni saya ceritakan serba sedikit pengalaman spend masa honeymoon di Bali, Indonesia.

Jadi saya dan husband memilih tarikh 2 September 2014 untuk ke Bali sehingga 5 September 2014 (4 hari 3 malam). Masa bertolak, mama papa hantar kami ke Airport.





First Day


Pukul 1.30 petang kami sampai di Ngurah Rai International Airport kat Denpasar, bali. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sampai2 terus lapar rasa perut ni. Padahal sebelum bertolak dah makan kat marry brown airport. =p
Nasib baiklah ada Bangi kopitiam kat situ. Kami pun makan lah dengan bersemangatnye. hehe.



Lepas makan startlah adventure kami. First..... Cari teksi dulu. Tapi kat bali bukan kita cari teksi, tapi teksi cari kita. Mereka kat sana tak guna metre. Suka2 bagi harga. Agak mahal lah sebab kalau kira memang sangat dekat dengan hotel yang kami tempah di Kuta tu, Bali Summer Hotel. Pakcik tu cas kami 170,000 IDR bersamaan RM 46.64 untuk perjalanan lebih kurang 4km sahaja! 
Kami pun naik lah sebab tak plan untuk hotel pickup at first. Konon nak survey dulu tapi last2 amik lah sebab takut jugak nak pilih2 supir di tempat orang ni haa.

Lepas 10 min macam tu kami pun sampai di depan hotel. Bali Summer Hotel. Bersyukur sangat sebab pemandangan memang sama macam dalam website. Yelah orang kata kadang2 advertisement lagi indah dari rupa. Macam ni lah pemandangan depan lobby.


Ini di sepanjang laluan ke bilik kami. Segar je dengar bunyi air. Hotel ni terletak di tengah2 bandar Kuta. Memang dekat dengan tempat shopping lah =p

Dah simpan barang dalam bilik, kami pun jalan kaki survey kedai2 kat situ. Ala2 macam masjid india lah kedai kecik2 gitu. Boleh tawar menawar tu yang menarik tu. Kat situ macam takde fixed price. 
Haa tengok ni macam2 souvenir menarik ada di sini. 

Kami pun jalan lagi ke arah pantai. On the way tu jumpa hotel hardrock dengan statue surfing board situ. Ape lagi amik gambar lah kita ye. hehe










Dan ini lah gambar sekitar Kuta Beach


Kami jalan2 area sini je sampai malam sebab kat Bali waktu malam dia cepat. Dalam pukul 6 dah gelap. Malam kami jalan2 kat mall Matahari berdekatan hotel. Macam kat Malaysia je dia punya mall. Cuma yang menariknya pekerja dia pakai baju tradisional. Kalau kita masuk mall je atau nak bayar, mereka greet dengan sangat bersopan. 


Second Day

Pagi2 kami breakfast sepuasnya dengan buffet free dari hotel kami. Makan la sampai puas. hehe. Second day ni kami ke tempat pembuatan batik. Batik2 kat sana mak ai murah dan cantik betul.
Ni antara gambar tempat mencanting batik kat Bali.




Haa semangat tengok dengan beg galasnya tak letak. haha


Ni tempat beli batik murah2. Tanya pak supir tau lah diorg nak tunjuk ye.

Kami juga sempat ke KRISNA Bali. Kat sana banyak jual barang harga murah. Jangan beli sangat kat pekan Kuta sebab benda yang sama boleh dapat kat Krisna dengan harga jauh lagi murah. hehehe.


Then kami melawat kuil di sana. Wajib pakai kalau nak masuk sebagai tanda hormat tempat mereka.



Kami ke tempat pembuatan kopi dan teh masa on the way ke Kintamani. Ada Kopi Luwak juga tapi tak berani nak test. Process dari tahi musang HaHa. 
Ni gambarnye.
 Sejuk kat area sini. Macam Cameron dah rasa dia.

Tea and coffee testing dengan hubby
Banyak jugak yang sedap dan ada khasiat masing2. Rasa nak beli semua je. Tapi mana la habis kalau kami berdua je nak minum kan. Haha. So antara yang kami beli adalah Bali Mangoesteen Tea (teh kulit manggis), Bali Red Rice Tea, Lemongrass Tea, Bali Rosella Tea, Bali Mochacino Tea.

Ni antara yg dibeli. Ada lagi kat dapur malas nak amik snap haha
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Gunung Batur di Kintamani, Bali. Kat sana lagi sejuk. Sampai2 je sana tiba2 kami kena kejar dengan penjual baju haha. Tak jadi nak berselfie di tepi jalan tu jadi Pak Wayan (supir kami) pun bawa la kami ke tempat makan. Time lunch dan pun tu. Betul2 depan tu nampak Gunung Batur tu. Cantik sangat pemandangannya. Lunch buffet RM 30 sorang boleh makan sampai kenyang. Ni gambar kat situ.



Ha dua gambar nak tunjuk gunung kat depan tu and tunjuk tempat makan. hehe. Romantik kan. Sesuai tempat ni untuk orang yang nak honeymoon. Pemandangan cantik betul lah. 




Third Day

Third day kami pergi ke tanah lot dan tempat2 kuil disana. Kat situ ada jugak market jual2 souvenir tapi kami dah habis borong kat KRISNA hari kedua so pergi ke Tanah Lot berjalan tengok tempat jelah.

 
On the way nampak orang jual di tepi jalan. Ngap duluuuu. hehe. Besar, fresh strawberry dia. IDR 20000 (RM 5.62) je lepas Pak Wayan tawar menawarkan. Mula2 diorang nampak kami orang luar, bagi harga IDR 50000 (RM 14.05) taw. 



Ada patung2 replika ayam sabung kat kuil ni. Tak ingat nama haha


 
Kami kat tanah lot. <3







Fourth Day

Okay hari ke-4 kami ke Padang Padang Beach Bali. Cantik tempat dia tapi cuaca agak panas lah sebab time pun tengahari. Banyak Roadblock kat sana. Yang kena banyak foreigner sebab sewa motor tapi mereka tak ada lesen antarabangsa untuk drive kereta/ motor kat Bali. Nasib kami guna khidmat pemandu dari hotel kami. Privacy ada. Aircond pun ada haha. Kami ronda2 kejap kat situ then terus ke uluwatu. Makan berjam jugak ke satu2 destinasi. Jadi worth it lah dapat jalan jauh sambil tengok pemandangan kat Bali.

Ini Padang Padang Beach. Ramai foreigner yang nak tanned kan kulit kat sinilah sebab panas. Suka la diorg. Haha


Omnomnom

 Kat sini berangin. Tak panas terik. Cuaca okaylah. Ramai jugak pelancong kena kejar dengan kera sini. Haha. Kena curik selipar diorang. Kera tu nak buat sistem barter. Kalau kita bagi makanan kat dia baru dia pulangkan selipar. Bijak kan. haha.

 
Haa Husband saya ni nak duduk tepi cliff aiyok bahaye betul semata2 nak tunjuk pemandangan lawa sana ehehe. 


Last Day

Flight kami petang so kami jalan2 dekat dengan area hotel. Kat Discovery Shopping Mall Bali. Kat situ lunch sekali. Kami makan di A&W dalam shopping mall. Time travel selalu teringin nak makan fast food. Aiyo padahal mcm2 boleh makan sana. Benda tu yang dicari. Hehe.

 
Jam hantaran kami. Gshock dan BabyG hehe. Matching kan :p


 
Okay snap kat Ngurah Rai International Airport dulu sebelum balik. hehe

Sampailah kami ke KL semula. Best lah kiranya Bali tu sebab banyak barang murah, tempat cantik. Will be back here insyaAllah bawak family sekali ye dok. hehe
Daaa.