Daaa
I write, I share most of the things I see and hear in this whole wide world. I love travelling and I love FOOD! xx
Love

Tuesday, September 15, 2015
Semak bacaan IPU Jerebu TERKINI di Malaysia
Anda boleh layari laman web ni untuk update jerebu dari jam ke jam. Jangan lupa pakai mask. Tahap sgt teruk sekarang.
Wednesday, September 9, 2015
Pengalaman Pertama Bersalin
Perasaan? HAPPY! Alhamdulillah dapat bersalin dengan selamat dan dapat jumpa buah hati pengarang jantung sorang ni. Masa pregnant, rajin setiap bulan pergi scan semata-mata rindu nak tengok dia. hihi. 2D la 3D la 4D la. Tak sabar2 nak tunggu 9 bulan 10 hari tu si mama dengan papanya ni. haha
Bersalin?
Hmm macamana nak mula cerita ya...
Okay. Sya disahkan doktor due date bakal melahirkan pada 5 Jun 2015. Tup Tup baby tak keluar on time. Doktor pun biasalah, dah issue surat yang paksa induce kalau dalam tempoh 9 hari lepas due date tak keluar2. Sya waktu tu rasa tak sabar nak baby keluar + nervous. Yela first time. Takde pengalaman langsung. Cousin2 pun takde yang ada anak kecik lagi and takde yang cousin baby. lol. Sya just refer kat website baby centre je for most of the things & surf je untuk nak carik checklist nak bersalin & etc.
So bila tengok baby mcm takde tanda nak keluar lagi tu sya ngn husband buat jela aktiviti macam biasa. Buat kerja rumah, masak2, shopping barang dapur. Orang kata kerap berjalan dapat buat mudah bersalin so sya ikutla petua tu.
Then pagi2 subuh 7 Jun 2015 tu sya bangun tidur tiba2 dengar bunyi macam belon pecah tp sayup2 je bunyi dia. Bersiap nak pergi breakfast tiba2 air ketuban da start keluar sikit2. Tp macam tak percaya lagi sebab perut tak sakit langsung. Precaution step sya ajak husband pergi Hospital Serdang check mana tahu kalau baby nak keluar da ke. Sebelum keluar sya makan 3 sudu vco prepare mana taw betul nak keluar. hihi.Kami duk gelak2 je dalam kereta rasa macam tu false alarm.
Dah sampai sana dalam pukul 10.30 pagi. Siap2 whatapps mama papa dengan adik suruh ready kalau betul2 ni. Husband pun siap2 call mak ngn ayah mertua bagitahu. Dalam pukul 11 tu mcm da start perut sakit. Macam senggugut. Husband pun dah siap2 book bilik first class tu sebab senang malam2 boleh husband datang teman. Rate dia RM800 satu malam. Dulu sya ingat Hospital Serdang ada FPP (Full Paying Patient), rupanya Hospital Putrajaya je ada. Tapi hospital government lain boleh request bilik first class. Orang kaunter kata boleh request bilik tu after baby dah lahir. Baiklah kami turuti saja. Masuk ward jap doktor check. Dia kata air dah start keluar. Sya pun kena tahan wad lah tak boleh keluar dah. Mereka pun start pasang alat kat perut ala-ala macam belt tu nak check nadi bayi + contraction rate. Ada la stengah jam ke sejam baring ngan benda tu. Then doktor check bukaan, katanya br 2 cm. So sya pun da kena duduk kt sofa yang mereka sediakan untuk ibu-ibu yang tengah nak tunggu bukaan smpai 6 atau 7 cm keatas.
Masa tu dah sakit amat lah. Memang takde mood nak buat apa2. Pegang fon pun tak dapat dah. Punya la sakit. Cuma berbekalkan makan kurma jelah yang mampu telan masa tu untuk bagi tenaga. Nasib kejap2 husband, adik ngn mama masuk tanya keadaan. Sampai 4 cm macam stop pulak bukaan tu. Stress time tu. Air da keluar banyak. Takut jugak baby ada pape. Doktor pulak tak boleh check selalu sebab nak elakkan jangkitan. So tnggu punya tunggu, pukul 6 lebih petang tu sakit sangat dah. Contraction pun kerap stiap 3 minit agaknya.
Suruh doktor check lagi. Tunggu dekat setengah jam baru ada doktor free. Doktor check2 terkejut sebab dah fully 10 cm dah. Boleh nampak rambut baby katanya. So terus rush ke Labour Room. Dah masuk sana ada dua nurse. Ketua nurse rasanya. Puan tu ajar cara teran so taklah ada komplikasi nanti. Husband ada kat sebelah teman dan bg semangat kat sya. Teran punya teran, dalam 10 min tu settle dah keluar baby sya yang tersayang ni. Keluar2 terus nangis. Hihi. Terharu perasaan tengok baby yang selama ni kita duk scan tu dah ada depan mata. Sya dan husband namakan baby kami Nur'Arieana Mikayla. Alhamdulillah semua selamat. Mudah mungkin sedikit sebanyak minyak vco sya consume tu bantu dan berkat doa family & kawan-kawan.
Husband pun pergi cepat-cepat request bilik yang kami nak tu. Tapi dah full pulak. Takpe lah redha jela satu malam je pun. Sya tak tidur malam tu sebab risau nak jaga Kayla. Padahal ada je nurse boleh tengokkan, nak buat macamana dah jadi ibu ni paranoid dia lain macam. Haha. So gitu la cite pengalaman pertama sya bersalin di Hospital Serdang.
![]() |
Aiyo ini anak cina campur melayu. Sepet matanya. HIHI |
Tuesday, September 8, 2015
Masak rendang
Hi korang.
Raya haji da nak dekat ni. Mesti ada jugak newbies yang tercari-cari resepi masak rendang kan. Ni haa video step by step nak buat rendang yang ummmph!
Ini Rendang Daging. Kalau tak suke daging boleh je substitute dengan ayam jgak. hihi
Silakan nonton ya. ehehe
Raya haji da nak dekat ni. Mesti ada jugak newbies yang tercari-cari resepi masak rendang kan. Ni haa video step by step nak buat rendang yang ummmph!
Ini Rendang Daging. Kalau tak suke daging boleh je substitute dengan ayam jgak. hihi
Silakan nonton ya. ehehe
Sya lupa nak snap gambar yang dah siap. Lapar sgt agaknya. Hehe
Masak lah kering kalau nak pekat. Sya suka kering2. Boleh tahan lama sikit. Selamat mencuba ya.
Labels:
beefrendang,
eidfood,
masak,
raya,
rendang,
rendangdaging,
resepi
Sunday, September 6, 2015
Cara-cara Online Shopping di TESCO
Hi semua. Sekarang ni kan sedar tak sedar semakin kita mendekati 2020. Orang kata dunia di hujung jari. Sampaikan nak beli barang dapur pun boleh guna online je sekarang ni. Baru-baru ni sya ada beli barang kat pasaraya TESCO. Sangat senang dan cepat. Lagi2 sejak ada anak ni, lagi senang ada cara senang mcm ni. Okay mula2 sya buat, sya register clubcard TESCO. Yelah stiap kali beli dpt points & dapat voucher. Tak rugi register. Bln Ogos 2015 harga dia RM 8.90. Kemudian kita register account tesco online kat https://s.tesco.com.my .
Masukkan sekali no clubcard so setiap kali korang beli dah automatic masuk point tu. Then browse item apa yang nak dibeli. Bila dah settle pilih item, just click kat checkout and book slot. Book slot boleh pilih nak pihak TESCO hantar pukul berapa. Pastikan phone no betul dalam website ya. Senang nak contact kalau delivery tetiba sesat. Hehe. Then, korang boleh pilih nak bayar guna debit atau terus bayar online.
Masukkan sekali no clubcard so setiap kali korang beli dah automatic masuk point tu. Then browse item apa yang nak dibeli. Bila dah settle pilih item, just click kat checkout and book slot. Book slot boleh pilih nak pihak TESCO hantar pukul berapa. Pastikan phone no betul dalam website ya. Senang nak contact kalau delivery tetiba sesat. Hehe. Then, korang boleh pilih nak bayar guna debit atau terus bayar online.
So ni antara item yang sya beli.
Comel wallpaper lori dia
2 bakul sya beli. Hehe
So far puas hati. Barang2 dapur da simpan cpt2 bg fresh. Hihi.Btw item dalam plastik biru tu means barang takde stok so diorang ganti dengan yang lain. Yg ni optional kat customer nak accept or tak. Okay tu je post kali ni. Sekian. Hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)